Wednesday, November 3, 2010

Harta buat Emma pening

LONDON: Bintang Harry Potter, Emma Watson, berkata selama bertahun-tahun dia tidak tahu berapa nilai kekayaan diperolehnya hasil peranan sebagai Hermione Granger dalam filem berkenaan.
Apabila ada pihak memaklumkan nilai kekayaan itu pula, Emma, 20, dilaporkan berasa pening.
BUKAN SEPERTI REMAJA BIASA...sebagai pelakon, Emma terikat dengan pelbagai syarat ketat selama membintangi filem Harry Potter.
BUKAN SEPERTI REMAJA BIASA...sebagai pelakon, Emma terikat dengan pelbagai syarat ketat selama membintangi filem Harry Potter.

Dalam, temubual dengan majalah Vogue edisi Britain untuk keluaran Disember ini, Emma berkata, ketika berusia 17 atau 18 tahun, dia ada berbincang mengenai wang dengan bapanya.

“Menjelang penerbitan filem Harry Potter ketiga atau keempat, wang saya mula semakin banyak menyebabkan saya tak tahu apa yang perlu dibuat.

“Wang banyak menyebabkan saya pening, sangat emosi dan terkejut,” katanya dalam temubual dengan majalah berkenaan.

Sebelum itu, katanya, dia hidup dengan belanja mingguan kira-kira �50 (RM247) seminggu.

Dia kemudian mengikuti kursus pengurusan kewangan dan nilai harta Emma kini dianggarkan kira-kira RM99 juta.

Kini menuntut di Universiti Brown di Amerika Syarikat, Emma dipilih menjadi penghias muka depan majalah Vogue dengan menampilkan gaya rambut terbarunya yang pendek.
Majalah edisi Britain itu akan mula berada di pasaran Jumaat ini.

Kata Emma, dia memotong rambutnya selepas menghabiskan penggambaran dua filem terakhir siri Harry Potter.

“Selama sembilan tahun bersama Harry Potter, saya terikat dengan syarat tidak boleh memotong rambut atau berkulit perang,” katanya.

Menurut Emma, dia sentiasa terhalang menikmati hidup seperti remaja lain.

“Bermacam-macam yang mereka boleh lakukan, saya tak boleh.

“Justeru, apabila ada peluang menukar penampilan, saya terus lakukan,” katanya.

Filem ketujuh Harry Potter, Harry Potter and the Deathly Hallows (bahagian pertama) mula ditayangkan pada 19 November ini, sebelum siri terakhirnya (bahagian kedua) dijadualkan pada Julai tahun depan. - Reuters

No comments:

Post a Comment