Friday, February 11, 2011

Warga AS mengaku bersalah tuduhan jihad




2011/02/11

WASHINGTON: Seorang rakyat Amerika Syarikat mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh dan keganasan selepas didakwa terbabit dalam satu komplot ‘melakukan jihad ganas’ di negara asing.

Jabatan Kehakiman berkata, Daniel Patrick Boyd, 40, atau Saifullah mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Carolina Utara atas dakwaan bersubahat memberi sokongan ‘material’ kepada pengganas dan bersubahat membunuh, menculik, mencacatkan dan mencederakan warga asing di negara mangsa.
Boyd didakwa bersama tujuh lain dalam pendakwaan persekutuan pada 22 Julai 2009. Dia ditahan seminggu kemudian.
Perjanjian pengakuan bersalah itu dibuat ketika Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano memberi amaran bahawa Amerika berdepan ‘ancaman meningkat’ serangan pengganas, amaran terburuk sejak tragedi 11 September 2001.

Beliau memberitahu pembuat dasar di sini ada ‘ada usaha untuk merekrut rakyat Amerika dan orang Barat melakukan serangan.’

“Kumpulan ini cuba merekrut orang ramai melakukan serangan yang memberi kesan kepada Barat, namun tidak memiliki hubungan kuat dengan kumpulan pengganas kemungkinan mendapat maklumat daripada masyarakat perisikan.

“Mereka juga menggalakkan individu di Barat menjalankan serangan skala kecil sendiri, yang kurang memerlukan koordinasi dan perancangan yang mungkin menaikkan dapat dikesan sekali gus mengganggu serangan,” katanya.
Menurut penyiasat, Boyd berkunjung ke Pakistan dan Afghanistan ketika tempoh 1989 hingga 1992 dan menerima latihan ala tentera di kem latihan pengganas untuk tujuan melakukan jihad,” kata Jabatan Kehakiman.

Selepas latihan itu, menurut kertas pendakwaan, dia berjuang di Afghanistan. Dari November hingga sekurang-kurangnya Julai 2009, Boyd ‘bersubahat dengan defendan lain untuk menyediakan sokongan material dan sumber kepada pengganas termasuk wang, latihan, pengangkutan dan kakitangan,” kata kenyataan itu.

“Sasaran komplot itu, menurut pendakwaan adalah untuk melanjutkan jihad secara ganas termasuk menyokong dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengganas di luar negara dan melakukan pembunuhan, penculikan atau mencacatkan seseorang di luar negara.” – AFP Berita Harian Online | Warga AS mengaku bersalah tuduhan jihad

No comments:

Post a Comment