KOTA BHARU, 17 Okt: Pada 27 November 1975 Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien memberitahu parlimen setiap negeri yang ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti 5 peratus.
'via Blog this'
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, sepatutnya Perdana Menteri yang ada sekarang menghormati pendirian dibuat bapanya sendiri.
“Kalau bapa sendiri tidak dihormati apa pula orang lain. Sepatutnya dengan slogan 1Malaysia hak kepada Kelantan patut diberi.
”Ketika Kelantan menyertai Tanah Melayu pada 1957 ada hak-hak yang diberi kepada Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohamad Mustafa (PAS-Demit) pada persidangan Dun hari ini.
Manakala Tan Sri Ghasitah Ghadam ketika menjawab soalan Senator Datuk Hassan Harun di persidangan Dewan Negara juga pernah memberitahu royalti menjadi hak Kelantan sekiranya minyak dan gas ditemui di mana-mana kawasan pelantar benua negeri berkenaan.
Malah ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada 21 November 1983, Tan Sri Muhamad Yaacob pula menyebut negeri ini dan pusat berhak mendapat royalti petroleum 5 peratus.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, ucapan Menteri Besar Kelantan dan Tun Razak boleh dilihat pada hansard Dewan.
Oleh itu katanya berdasar kepada laporan Petronas dan laman web Malaysia Thailand Joint Authority pada 6 Mei 2005 nilai pengeluaran minyak dan gas di perairan Kelantan sebanyak RM175 juta.
Dan pada 2010 pengeluaran minyak meningkat kepada 60,000 tong sehari.
Manakala pengeluaran minyak dan gas di kawasan Joint Development Area (JDA) pula dalam tempoh enam tahun sebanyak RM22.7 bilion.
”Berdasar kepada jumlah pengeluaran itu dan royalti sebanyak 2.5 peratus bermakna Kelantan akan mendapat sebanyak RM567 juta.
”Itu belum lagi diambil kira dengan kawasan carigali minyak perairan Kelantan yang bertindih dengan Vietnam. Tentunya jumlah tunggakan lebih besar lagi,” katanya.
Husam juga mendedahkan kerajaan Malaysia sehingga kini tidak menetapkan garis sempadan perairan di antara Kelantan dan Terengganu sehingga menyebabkan banyak telaga minyak berada di kawasan bertindih.
Menurutnya telaga Bintang, Lawik yang sudah diteroka sejak 25 tahun berada di kawasan bertindih di antara Kelantan dan Terengganu.
Dan baru-baru ini kerajaan Terengganu mendapat royalti sebanyak RM936 juta, yang sepatutnya juga diberi kepada Kelantan.
”Manakala telaga PM301 dan PM302 benar-benar berada di perairan Kelantan tidak bertindih dengan mana-mana pihak lain kini mempunyai 16 telaga.
”Sebanyak 12 telaga telah digerudi dan empat lagi dijadikan rezab untuk carigali pada masa akan datang,” ujarnya pada penjelasan terperinci kepada ahli Dewan.
Menurutnya juga berdasar kepada penemuan minyak tersebut jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sebanyak RM6 bilion.
Kata beliau juga usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan dokumen lengkap mengenai pengeluaran minyak di perairan Kelantan ditolak Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
Bagaimanapun Husam berkata, tuntutan mendapat royalti bukan perkara mustahil memandangkan wilayah Bengkalis di Indonesia juga tidak pernah bermimpi mendapat royalti sehingga 70 peratus seperti dinikmati sekarang.
Menurutnya selepas berlaku reformasi di Indonesia peratusan royalti kepada Bengkalis dinaikkan kepada 70 peratus.
Begitu juga katanya Kelantan akan mendapat hak royalti sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada masa akan datang.
Tun Razak akui hak negeri dapat royalti 5 peratus:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment