Tarikh : November 26, 2011
JOHOR BAHRU - Dakwaan polis membatalkan semua permit untuk ceramah PKR yang dijadualkan serentak dengan kongres kebangsaan parti itu di sini, tidak benar.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dakwaan tersebut tidak berasas memandangkan tiada kelulusan permit bagi ceramah pernah dikeluarkan sebelum berlangsungnya kongres itu disini.
"Perkara ini tidak benar, masakan polis pernah meluluskan permit dan kemudiannya bertindak menarik balik permit itu.
"Polis hanya menolak dulu daripada permohonan permit yang dimohon, iaitu selepas mengkaji aspek keselamatan dan kententeraman awam, maka dakwaan polis tidak meluluskan sebarang permit adalah tidak benar," katanya pada Malam Mesra Polis Kontinjen Johor bersama media, disini, kelmarin.
Kelmarin, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendakwa ceramah umum yang diaturkan di 14 cabang sekitar negeri ini sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kali Ke- 8 dihalang pihak berkuasa dengan mendakwa, terdapat campur tangan daripada pemimpin utama negeri ini yang mengarahkan pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bekerjasama dengan pihak polis bagi menghalang ceramah umum mereka.
Dakwanya, kira-kira 15 hingga 20 ceramah pada setiap malam di 14 cabang sekitar negeri ini tetapi dihalang dan bendera-bendera turut dirampas.
Mohd Mokhtar berkata, polis telah meluluskan 9 permit ceramah PKR dan menolak dua permohonan iaitu di Simpang Renggam dan Bendahara, Johor Bahru yang dijadualkan diadakan malam ini ( semalam).
Sebanyak 12 ceramah disusun oleh PKR sempena kongres kebangsaan parti itu yang dimuat turun dalam laman web Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual dari 24 November hingga hari ini.
Antara lokasi, Pasir Gudang; Saleng, Kulai,;Tmn. Daya, Tebrau,; Gelang Patah,; Ulu Tiram ;Kg. Bendahara ; Kg. Air Manis; Kg. Melayu Majidi, Johor Bahru; Pontian; Kulaijaya; Layang-layang,Simpang Rengam; dan Markas Pas, Air Hitam.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment