Baiah: Belajar dari kesilapan - Nasional - Sinar Harian
:KUANTAN – “Baiah itu tidak bercanggah dengan hukum syarak,” tegas Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai ikrar taat setia yang dilaksanakan calon parti Pas.
Tuan Ibrahim berkata, ia adalah satu mekanisme dalam parti supaya tidak ada calon yang mengecewakan rakyat selepas membuat pilihan dan menjaga kepentingan mereka.
Katanya, perjanjian itu membolehkan calon berfikir kesungguhan rakyat memilih dan memberi kemenangan.
“Kita bertungkus-lumus nak menangkan calon, tetapi tiba-tiba mereka khianati dan pastinya ramai yang kecewa,” katanya yang turut memberi contoh situasi berlaku di Perak pada pilihan raya musim lalu.
Menurutnya, baiah juga membawa maksud satu janji setia dan ‘pengharaman’ yang ditetapkan itu adalah mekanisme jaminan calon setia kepada janji dan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Tuan Ibrahim berkata, baiah wujud selepas Pas belajar dari kesilapan lalu kerana kekalahan di Terengganu dan kini ada ura-ura membeli wakil rakyat di Kelantan.
“Pas juga tidak mahu perkara kedua berlaku di Perak. Kerajaan negeri tumbang kerana ada wakil yang rakyat pilih tidak setia,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, baiah akan diadaptasikan kepada calon pas sahaja dan tidak membabitkan PKR dan DAP.
Beliau percaya parti itu juga mempunyai cara mereka untuk mengelakkan wakil rakyat lompat parti.
No comments:
Post a Comment