GAMBAR BCL berparti di kelab malam yang tersebar di Internet, baru-baru ini.
JAKARTA: Foto Bunga Citra Lestari (BCL) yang berfoya-foya di kelab malam tersebar dengan meluas di dunia maya, baru-baru ini.
Dalam sebuah laman sembang komuniti di Internet yang memuatkan foto berkenaan, turut disebut amalan berfoya-foya di kelab malam sudah menjadi kebiasaan BCL dari dulu hingga sekarang walaupun setelah memiliki anak.
Bagaimanapun, ketika wartawan Kapan Lagi mengesahkan mengenai kebenaran foto itu, pengurus BCL, Dody menafikan sekeras-kerasnya BCL gemar berfoya-foya di kelab malam.
Menurut Dody, laporan itu tidak benar sama sekali kerana ketika ini BCL sibuk menumpukan perhatian kepada anaknya, Noah.
“Itu tidak benar sama sekali. BCL tidak lagi mengunjungi kelab selepas mempunyai anak.
Dia sibuk menguruskan anaknya sendiri , malah hingga kini dia masih menyusui anaknya.
Jadi, bagaimana dia boleh keluar berhibur di kelab pada waktu malam? “Mengapa media selalu melaporkan berita negatif, sedangkan kita selalu menganggap wartawan sebagai teman.
Seharusnya, kita saling bekerjasama menyebarkan berita yang positif,” kata Dody.
Daripada empat foto BCL yang tersebar di dunia maya itu, tiada satu pun menunjukkan tarikh tepat foto itu diambil.
Hal itu disebabkan oleh data yang menunjukkan tarikh gambar terbabit diambil sudah dipadamkan menggunakan perisian Adobe Photoshop pada 15 Disember lalu bersesuaian dengan tarikh gambar itu dimuat turun.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment