Thursday, December 8, 2011

Lelaki Australia disebat 500 kali kerana hina sahabat nabi

SYDNEY: Seorang lelaki Australia dihukum sebat 500 kali dan penjara setahun di Arab Saudi kerana menghina sahabat Rasulullah pada musim haji lalu.
Jabatan Hal Ehwal Luar Australia semalam berkata, kerajaan sangat bimbang terhadap keadaan lelaki terbabit yang dinamakan media sebagai Mansor Almaribe.

Bapa kepada lima anak, Almaribe, 45, dilaporkan disebat belakangnya dan kerajaan bimbang kerana dia mengalami masalah kesihatan di bahagian itu.
Jurucakap Kementerian Luar berkata, Australia berpegang kepada polisi universal mengecam penggunaan hukuman fizikal yang boleh membawa kepada penyeksaan atau kekejaman.

Katanya, Duta Australia menghubungi kerajaan Arab Saudi bagi meringankan hukuman.

“Saya tidak fikir Mansor mampu menahan 50 sebatan,” katanya. - ReutersmyMetro | Lelaki Australia disebat 500 kali kerana hina sahabat nabi:

No comments:

Post a Comment