Sejajar dengan moto konvensyen “Bersihkan Malaysia”, Mohd Sabu menggesa seluruh rakyat bersiap sedia dengan seluruh kekuatan dan persiapan mentaliti yang teguh untuk menentang keangkuhan Umno-Bn yang selama ini menganggap parti itu sahaja yang mampu mentadbir negara ini.
“Dalam pemikiran rakyat hari ini, semua memikirkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Anwar Ibrahim tertangkap dalam fitnah liwat.
“Adakah Najib Razak? Muhyiddin Yassin? Jauh sekali Rosmah Mansor, kerana rata-rata rakyat inginkan Pakatan rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim memimpin negara,” katanya ketika berucap di konvensyen tersebut.
Dalam pada itu, beliau yang meminta Kerajaan Pusat membebaskan peranan media untulebih bersikap adil dan saksama, tidak ubah seperti ‘meminta sisik pada ikan keli’, tanda tidak ada penghujungnya.
Ini katanya menggambarkan kegelisahan dan ketakutan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak berdepan dengan kekua tan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita hadapi kekangan media yang bersikap tidak adil. Sedarkah kita, kita mengemukakan lapan tuntutan pilihan raya bersih dan adil (Bersih 2.0). Dalam semua tuntutan ini, tuntutan paling sukar dilaksanakan oleh pemerintah membebaskan media.
“Kita hanya ada satu pilihan iaitu menerusi media alternatif seperti Suara Keadilan, Harakah, termasuklah TV Selangor maka PAS, KeADILan dan DAP mesti memperkasakan media ini,”jelasnya.
Mohd Sabu berkata negara sedang mengalami situasi ke arah negara bankrap disebabkan pengurusan kewangan negara yang boros dan salah peranca ngan pengurusan.
Beliau di akhir ucapan turut memberikan slogan baru “BN Menang Malaysia Bankrap” dan meminta seluruh perwakilan berdiri dan melaungkannya.
‘BN Menang, Malaysia bankrap’:
No comments:
Post a Comment