28 Januari 2012
KEPALA BATAS - Ada pihak cuba memesongkan akidah umat Islam termasuk dengan mendekati maahad tahfiz di Pulau Pinang, kata Timbalan Pengerusi Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan), Mohamed Hafiz Nordin.
Menurut beliau, pihak terbabit dikesan mendekati maahad tahfiz sebagai usaha memurtadkan pelajar-pelajarnya dalam usaha membawa seramai mungkin umat Islam keluar agama.
Beliau berkata, jika mereka berani memasuki sekolah tahfiz, mereka juga boleh mendekati golongan tidak kuat iman dengan matlamat menjadikan Malaysia sasaran untuk memurtadkan orang Islam seperti dilakukan di Indonesia,” katanya dalam ucapannya pada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (Himpun) di Pusat Budi Penyayang di sini, hari ini.
Menurutnya, sejak akhir-akhir ini, banyak isu timbul melibatkan akidah umat Islam di negara ini yang diancam dengan pelbagai cara sama ada secara sedar atau tidak.
“Agama Islam kini berada dalam zon yang terancam apabila musuh Islam sedang berusaha menyesatkan umat Islam dengan pelbagai cara.
“Saya mengajak seluruh umat Islam di negara ini supaya sama-sama berganding bahu untuk menyekat golongan ini dari terus memurtadkan umat Islam," katanya.
Sehubungan itu, Mohamed Hafiz memberi amaran kepada pihak terbabit agar tidak mencampuri urusan agama Islam atau memurtadkan orang Islam.
"Semakin ramai orang Islam menukar agama lain kerana iman nipis. Walaupun mengaku Islam, namun mereka tidak melaksanakan apa yang diperintah ALLAH.
"Mereka tidak berani buat secara terang-terangan di negara ini tetapi melakukannya di luar negara. Sebagai contoh mereka mahu menghalalkan perkahwinan sejenis," katanya.
Menurutnya, keadaan itu jika tidak dibendung akan menyebabkan pelbagai kejadian yang tidak diduga berlaku di negara ini.
"Mereka berani menganjurkan Seksualiti Merdeka 2011 tahun lalu yang jelas melanggar ajaran Islan dan undang-undang negara, yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment