6 Februari 2012
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kepada Datuk Dr Hasan Ali sama ada mahu kekal menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia atau sebaliknya.
Justeru Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" memberitahu, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu seorang yang bijak dan oleh itu, orang lain tidak perlu mendesaknya berbuat demikian.
"Beliau seorang yang bijak. Tidak perlu mendesak beliau, terserah kepadanya," katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan Hasan meletakkan jawatan ekoran kemenangannya itu atas tiket Pas.
Dalam kenyataan semalam, Tuan Ibrahim berkata, parti akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.
Menurutnya, adalah lebih baik bagi Hasan berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
Mengulas lanjut berhubung tindakan Hasan yang enggan merayu pemecatannya, Mohamad berkata, itu adalah hak beliau dan terserah kepadanya.
"Itu terserah kepadanya. Beliau mempunyai kebebasan untuk merayu atau tidak,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anaknya di sini, hari ini.
Kelmarin, Hasan mengumumkan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas atas alasan ia dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment