Berita Harian Online | Dr Mahathir setuju menteri isytihar aset kepada SPRM: "PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak memberikan kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan keluarga mereka.
Beliau berkata, perkara itu sememangnya wajar dilakukan oleh semua menteri kabinet.
"Baguslah. Dulu ahli kabinet isytihar aset dekat saya, dulu semua orang kena.
"Jadi tak tahulah dulu barangkali semua miskin belaka kerana tidak ada yang memiliki aset berlebihan, melainkan Tun Daim Zainuddin, semasa dia sertai kabinet dia sudah jadi jutawan, jadi banyaklah duit dia," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - BERNAMA"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment