9 Februari 2012
KOTA BHARU – Peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap blogger pro Umno, Papagomo berikutan penyebaran beberapa artikel yang mendakwa ahli politik itu menyeleweng wang rakyat Kelantan.
Writ saman itu dikemukakan terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, baru-baru ini.
Dalam writ saman itu, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan itu mendakwa artikel-artikel yang dimuatkan dalam blog itu secara terbuka memfitnahnya iaitu “Ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan’, pada 4 Mei 2011.
Kandungan tulisan itu antara lain menyebut plaintif kononnya mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh menurap jalan tar di atas tanah persendirian miliknya di Banggol Mak Esah, Pasir Puteh, Kelantan bagi meraikan majlis persandingan anaknya pada 16 April 2011 menggunakan Dana WANG RAKYAT KELANTAN dari Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Kos yang dianggarkan dalam penurapan jalan tar tersebut di laporkan berjumlah RM200,000.
Artikel kedua bertajuk “Eksklusif - Wang Komisen RM700,000 Hasil Kayu Balak Kelantan Milik Siapa?” yang secara innuendo menuduh plaintif di dalam tulisannya:
“Di dalam dokumen di atas dinyatakan tarikh dan jumlah Transaksi Amaun Wang Tunai yang telah dimasukkan ke dalam akaun seseorang individu yang amat berpengaruh di Kelantan. Individu ini dikatakan cukup hebat sampaikan tidak ramai yang boleh mengambil apa apa ke atas individu tersebut”
“Hebat Individu yang berkuasa ini, boleh melakukan apa sahaja demi kerjaya politiknya. Siapa individu tersebut? Gomo yakin sudah ada orang di Kota Bharu yang mengetahui Individu yang dimaksudkan itu.”
“Keseluruhan dokumen komisen yang berjumlah RM700,000 yang didedahkan ini akan dibongkar semuanya esok bagi menjelaskan kepada rakyat Kelantan hakikat yang berlaku selama ini.”
Artikel itu kemudian disambung oleh defendan melalui tulisannya di dalam blog yang sama dengan turut diiringi dengan gambar Plaintif dengan tajuk; “Tuanku Sultan Kelantan sembunyikan rahsia besar penyelewengan penasihatnya? ”
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment