2012/03/15
PUTRAJAYA: Saman yang dikemukakan seorang ahli perniagaan terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung dakwaan menyerang akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Ini kerana Ahmad Zahid gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman itu.
Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 41, selaku plaintif memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Ahmad Zahid yang didakwa menumbuk muka beliau pada 16 Januari 2006.
Ahmad Zahid mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman itu pada 29 Ogos 2007, dengan alasan ia adalah remeh tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010.
Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli menuntut ganti rugi kerana mengalami tekanan, malu, kebimbangan yang dialami oleh beliau dan juga ganti rugi bagi libel berhubung penerbitan insiden itu selepas Amir Bazli melaporkan kepada media.
Dalam pernyataan pembelaannya, Ahmad Zahid yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Penerangan menafikan beliau menumbuk Amir Bazli sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mukanya, mendakwa ia adalah rekaan Amir Bazli. - BERNAMA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment