Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bagi memastikan pemegang kedua-dua jawatan tersebut boleh menumpukan tugas masing-masing kerana portfolio tersebut amat berat.
Menurutnya, perkara ini menjadi kepentingan utama kerana PR mahukan dasar baru supaya ada ‘semak dan periksa’ di dalam pengurusan kewangan negara.
“Di organisasi korporat sekalipun, pengurus syarikat boleh menjadi tidak efisyen sekiranya memegang banyak jawatan lain.
”Kita sudah ada Menteri Kewangan II, kenapa terlalu banyak yang boleh menjadi ketidak tentuan. Sekiranya sesuatu berlaku siapa yang mahu dipersalahkan? Jadi PR secara muktamad tidak akan mengamalkan dasar ini lagi,” katanya di sini semalam.
Baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam kenyataan mencadangkan Perdana Menteri tidak seharusnya memegang jawatan Menteri Kewangan kerana Perdana Menteri mem punyai banyak tugas lain yang lebih penting.
Kata Daim lagi, dengan amalan melantik Menteri Kewangan II ia tidak membantu perkara ini kerana negara sudah berjaya mengharungi krisis ekonomi 1997-98 lalu.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dakwaan mengatakan negara bankrap, sekiranya PR meneruskan cadangan gaji minimum RM1,100 dan pendapatan isi rumah RM4,000 sebagai tidak masuk akal.
Menurutnya, apa dilakukan PR adalah memperkenalkan pelan komprehensif termasuk memastikan dana kerajaan pusat dapat membantu industri kecil dan sederhana.
“Bagi pihak kami ia boleh dilakukan, contohnya jika satu keluarga ada tiga atau empat yang bekerja, dengan gaji minimum diperkenalkan maka sasaran pendapatan isi rumah RM4,000 boleh dicapai.
“Ada pihak dakwa kami menambah gaji pekerja menggunakan dana kerajaan, tidak, kami sedar tiada kerajaan di dunia termasuk kerajaan komunis melakukannya,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment