KANGAR - Setelah hampir tujuh bulan berpisah, Mohd. Hafizuddin Mohd. Johari, mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki yang cemburu terhadap hubungannya dengan seorang pondan yang dikenali sebagai Natasha pada September lalu kini kembali menjalin hubungan dengan temannya itu.
Mohd. Hafizuddin, 21, ketika menghubungi Kosmo! memberitahu, hubungan dia dengan Natasha atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 29, kini hanya atas dasar kawan dan tidak lebih daripada itu.
Dia yang telah sembuh daripada kecederaan menegaskan, hubungannya dengan Natasha terdahulu dan terkini adalah atas kerelaan hatinya bukan disihir atau dibomoh seperti didakwa oleh ahli keluarganya sebelum ini.
"Saya sudah sembuh dan menjalani kehidupan baharu setelah bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang sejak sebulan lalu dengan seorang kawan.
"Setelah bekerja, kami kembali berhubung tetapi cuma sebagai kawan, kami selalu bersembang melalui telefon dan bertemu sesekali kerana masing-masing sibuk," ceritanya.
No comments:
Post a Comment