Wednesday, April 18, 2012

Rang undang-undang ganti ISA diluluskan

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang bertujuan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 diluluskan di Dewan Rakyat semalam tanpa sebarang pindaan.
Rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibahaskan secara mendalam oleh ahli Parlimen selama kira-kira sepuluh jam semalam.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut menegaskan bahawa ia merupakan suatu undang-undang yang berbeza dan tidak boleh disamakan dengan undang-undang jenayah biasa.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment