Saturday, June 9, 2012

PANAS! Misteri Kehilangan RM30 Bilion Bank Negara Malaysia Bakal Terbongkar!


Penang Institute akan
menganjurkan Forum
mengenai misteri
kehilangan RM30 bilion
membabitkan Bank Negara
Malaysia (BNM) pada
tahun 1992 yang dikaitkan
dengan spekulasi tukaran
matawang pula pada 2 Jun
depan bermula jam 2.30
petang di Dewan Sri
Pinang, Georgetown, Pulau
Pinang.
Inisiatif itu selepas
kejayaan menganjurkan
forum ilmiah mengenai
skandal Zon Bebas
Pelabuhan Klang (PKFZ)
berjumlah RM12.6 bilion
baru-baru ini yang turut
diadakan di bandar pintar
tersebut.
Zairil Khir Johari selaku
Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) institusi itu berkata,
skandal forex atau tukaran
mata wang asing yang
pernah meledak lanskap
politik tanah air sejak
dekad 1990-an tersebut
wajar dinilai semula secara
wacana memandangkan
tiada satu penjelasan atau
langkah penguatkuasaan
diambil oleh pihak berwajib
sebelum ini.
"(Lebih) 20 tahun berlalu
tanpa penjelasan,
akauntabiliti dan tidak ada
tindakan yang diambil ke
atas kerugian besar yang
dialami oleh Bank Negara
dari kontroversi spekulator
mata wang sehingga lah
spekulasi tukaran
matawang ini.
"Kerajaan (pusat)
bertindak balas (terhadap
desakan pihak
pembangkang) dengan
menolak skandal itu
sebagai 'kerugian atas
kertas' semata-mata yang
datang daripada
'keuntungan yang dibuat
dalam urusan tukaran
mata wang asing pada
tahun-tahun sebelumnya'.
"Kerajaan (pusat) masih
kekal senyap dan
panggilan untuk sebuah
suruhanjaya diraja siasatan
tidak diendahkan
langsung," ujarnya kepada
PenangInsight.com.
Justeru katanya, wacana
pada hari berkenaan
menumpu pada tajuk:
Skandal Tukaran
Matawang Bank Negara:
Apabila Kerajaan Menjadi
Spekulator akan cuba
mencungkil kebenaran,
mendidik orang ramai
serta mengetengahkan
keperluan integriti,
akauntabiliti dan ketelusan
(CAT) terutamanya yang
membabitkan wang awam.
Forum kontroversi itu akan
menampilkan bekas
Timbalan Perdana Menteri
merangkap bekas Menteri
Kewangan selama lapan
tahun, Anwar Ibrahim yang
kini merupakan Ketua
Pembangkang Parlimen
Malaysia sebagai panelis
utama.
Ketua Menteri Pulau
Pinang merangkap
Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng turut
dijadualkan berkongsi
pendapat dalam forum
ilmiah tersebut.
Zairil berkata, pihaknya
turut menjemput Nor
Mohamed Yakcop sebagai
panel memandangkan
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (JPM) itu
dikatakan memainkan
peranan penting di sebalik
pentadbiran Bank Negara
semasa didedah terbabit
dalam aktiviti forex
sebelum ini.
"Adalah diharapkan
bahawa dia akan
menerima tawaran dalam
semangat demokrasi," ujar
beliau yang juga
Setiausaha Politik Kepada
Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng.
Wacana awam secara
konsistan anjuran Penang
Institute dengan galakan
daripada Kerajaan Negeri
Pulau Pinang dijangka akan
menyemarakkan lagi
budaya integriti dalam
kalangan rakyat di negeri
berkenaan.
Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment