Mana bisa Karpal yang hanya seorang Ahli Parlimen menghalang perlaksanaan hukum jenayah shariah di Kelantan? Karpal tiada kuasa. Karpal tidak menguasai Parlimen, polis, tentera dan sebagainya.
Namun, yang menguasai kekuasaan di Malaysia adalah UMNO dan Barisan NAsional.
Apabila Enakmen hudud diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas Pilihanraya 1990, gegak gempita UMNO menista serta memfitnah PAS.
Apa yang tidak dihambur pada PAS pada masa itu. PAS sesat lah, hudud PAS lah, menindas wanitalah.
Namun, apabila dijemput oleh Tok Guru NIk Aziz supaya UMNO sendiri menggubal "Akta Hudud" supaya boleh dilaksanakan di Kelantan, jemputan Tok GUru Nik Aziz itu membuat UMNO kecut perut dan senyap seribu bahasa.
Akhir sekali, mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Iskandar Kutty mengeluarkan kenyataan yang mengugut untuk melaksanakan MAGERAN di Kelantan sekiranya hukum tersebut dilaksanakan.
Juga, sepucuk surat amaran dihantar oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA kepada Menteri Besar Kelantan memberi amaran keras terhadap perlaksanaan hukum Jinayah ISlam dari dilaksanakan di Kelantan.
Sehingga hari ini, surat tersebut tidak ditarik balik oleh mana2 Perdana Menteri Malaysia. Ia bererti surat tersebut masih SAH.
Seperti kata Tok Guru Nik Aziz:
“Saya katakan, surat yang dihantar oleh beliau dulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri
“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila Perdana Menteri tersebut meletakkan jawatan
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri,” soalnya dalam laman sosial Twitter dan Facebook akaunnya pagi tadi.
PAS PERLU PINDA AKTA JENAYAH UNTUK LAKSANA HUDUD DI KELANTAN
Selain dari kebenaran MEnteri Dalam Negeri/PErdana Menteri, diperlukan juga pindaan terhadap Kanun Kesiksaan(Penal Code) bagi menjamin hudud terlaksana di Kelantan.
Untuk ini berlaku, perlu sokongan dari Ahli2 Parlimen dari UMNO dan PAS serta PKR. Kita tahu, Penasihat PKR telah memberi sokongan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan.
Maka, yang diperlukan sekarang adalah sokongan dari Ahli2 Parlimen UMNO bagi meminda Kanun Kesiksaaan bagi membolehkan hudud terlaksana di Kelantan.
APA SALAHNYA BUKAN ISLAM TIDAK BERSETUJU DENGAN HUDUD?
Hebuh UMNO menjaja kenyataan pemimpin2 DAP menolak hudud dan Qisas. Tetapi, apa yang peliknya mereka yang bukan ISlam menolak hukum Islam.
SAmalah kalau orang Islam menolak "Canon Law". Mana mungkin orang ISlam boleh menerima undang-undang jenayah Agama Kristian.
Begitulah juga orang bukan Islam yang menolak hudud. Ia adalah kerana mereka itu BUKAN ISLAM dan mereka tidak beriman dengan hukum2 Islam.
Namun, yang harus ditanyakan adalah:
Mengapa UMNO yang mengaku Islam menolak HUKUM HUDUD?

—
No comments:
Post a Comment