Televisyen rasmi negara Syria semalam melaporkan tiga pemimpin tertinggi rejim terbunuh dalam satu letupan yang disasarkan ke atas Bangunan Keselamatan Kebangsaan di ibu negara Damsyik. Tiga 'penjenayah negara' tersebut ialah Menteri Pertahanan Dawud Rajihah, Timbalan Menteri Pertahanan, Asif Syaukat yang juga adik ipar Presiden Basyar Al-Asad dan bekas Menteri Pertahanan, Hasan Terkimani (gambar). Serangan paling dahsyat yang disasarkan kepada pemimpin rejim tersebut semenjak tercetus revolusi Mac 2011 itu turut mencederakan Ketua Perisikan Syria, Hisyam Bakhtiar dan Menteri Dalam negeri, Muhammad Ibrahim As-Syi'ar.
Kejadian berlaku ketika beberapa orang menteri kanan rejim mengadakan mesyuarat bersama pemimpin tertinggi polis dan tentera. Letupan tersebut adalah serangan berani mati yang dilancarkan oleh pemuda revolusi setelah 24 jam kumpulan "Tentera Bebas Syria" mengumumkan akan melancarkan operasi bersenjata yang dinamakan sebagai "Menawan Damsyik". Kumpulan "Tentera Bebas Syria" mengaku bertanggungjawab atas letupan tersebut.
Berita kematian tiga pemimpin rejim ini turut dilaporkan oleh stesen televisyen rasmi milik Hizbullah, Al-Manar.
No comments:
Post a Comment