Allah subhanahu wata’ala berfirman,
"Katakanlah, "Dia-lah yang mencipta kan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal)". Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.”
(Al-Mulk':23)
Allah SWT berfirman;
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
(Al Baqarah:49)
Allah SWT berfirman;
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! (15)
Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (16)
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya); (17)
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; (18)
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), (19)
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! (20)
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, (21)
Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), (22)
Serta diperlihatkan Neraka Jahanam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik) dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? (23)
Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)! (24)
(Al-Fajr)
Allah SWT berfirman;
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".
[An-Naml 27:19]
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Wahai Zat yang membolak-balikkan HATI manusia, tetapkanlah HATIku untuk tetap TAAT kepadaMu."
(HR Ahmad)
Allah SWT berfirman;
"Ya Allah, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan wafatkanlah kami dalam keadaan MUSLIMIN".
(Al-A'raf :126)
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬
ALLAH SWT berfirman;
“Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH SEBAIK - BAIK PERANCANG (membalas tipu daya)”
(Ali Imran:54)
Allah SWT berfirman;
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai kaumku (yang masih tidak beriman/kafir), BUATLAH SEDAYA UPAYA KAMU (untuk menentang Islam), SESUNGGUHNYA AKU JUGA TETAP BERAMAL (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam);
KEMUDIAN KAMU AKAN KETAHUI SIAPAKAN yang akan beroleh KEBAIKAN dan KEJAYAAN DIDUNIA INI.
Sesungguhnya orang-orang yang ZALIM ITU TIDAK AKAN BERJAYA".
(Al-Anaam 135)
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬
...الله أكبر.....الله أكبر.....الله أكبر
No comments:
Post a Comment