Kenderaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari pemerhati misi UNSMIS mula beredar keluar dari Dimasyq meninggalkan Syria bermula semalam 23 Ogos 2012.
Pemerhati PBB mula meninggalkan Dimasyq minggu ini selepas misi empat bulan mereka hanya menjadi penonton dan tidak berdaya untuk menghentikan konflik yang semakin meruncing.
Mandat misi pemantauan yang dikenali sebagai UNSMIS ini tamat pada malam Ahad selepas diplomat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata syarat bagi operasi berterusan telah tidak dipenuhi oleh rejim Syria.
Pasukan pemerhati terakhir dijangka akan keluar dari Syria pada hari ini 24 Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment