SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut kerajaan Myanmar mengambil tindakan segera menghentikan pembunuhan kaum di negara itu.
PR juga mendesak Najib supaya menggesa kerajaan Myanmar membuka pintu membenarkan masyarakat antarabangsa memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa.
Dalam satu kenyataan media bersama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PR mengecam pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar pada masa ini.
Selain itu, PR juga menggesa Bangladesh yang mempunyai talian diplomatik yang kuat dengan Malaysia mendesak Myanmar membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tersebut
No comments:
Post a Comment