“Penjagaan baik untuk anggota dan keluarga mereka dihalang oleh strategi pencegahan yang tidak mencukupi, kekurangan kaki tangan, kurang liputan perkhidmatan yang terbukti untuk kerja dan stigma yang dikaitkan dengan penyakit ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa dan penulis laporan itu, Charles P. O’Brien.
Berdasarkan kajian yang diminta Jabatan Pertahanan AS, kira-kira 20 peratus anggota perkhidmatan aktif bertugas melaporkan mereka ketagih minuman keras pada 2008, tahun paling terkini data diperoleh.
Laporan itu menyebut pesta minum meningkat dari 35 peratus pada 1988 kepada 47 peratus pada 2008 dan menambah tentera AS mempunyai sejarah lama membabitkan penyalahgunaan dadah dan minuman keras serta gangguan salah guna yang diburukkan lagi dengan penghantaran tugas.
“Sejak permulaan perang di Iraq dan Afghanistan, penyalahgunaan alkohol dalam kalangan kakitangan tentera yang pulang, meningkat,” kata penulis laporan itu.
Kebimbangan terhadap perkara itu memaksa ahli Kongres AS memohon kajian terhadap kes berkenaan.
Kecederaan berkaitan dengan perang juga disebut sebagai faktor kemungkinan yang disifatkan penyelidik ‘penggunaan preskripsi penahan sakit yang mendadak.’
Pada 2009, doktor tentera menulis hampir 3.8 juta preskripsi bagi ubat tahan sakit. Ia lebih empat kali ganda daripada bilangan preskripsi yang ditulis pada 2001, kata laporan itu.
Laporan itu mencadangkan supaya tentera membuat pemeriksaan semula terhadap kemasukan minuman beralkohol.
Kuat kuasa peraturan
“Pasukan tentera bersenjata perlu menguatkuasakan peraturan terhadap minuman berkenaan, mengurangkan premis yang menjual alkohol di pangkalan tentera dan mengehadkan waktu operasi mereka.”
Kajian berkata kaedah baru diperlukan untuk membantu tentera termasuk melatih kaunselor dan penambahan penjagaan pesakit luar.
Jurucakap Pentagon, Cynthia Smith berkata pihak berkuasa Jabatan Pertahanan menganalisa keputusan Institut Perubatan itu dan akan mempertimbangkan panel dalam membuat penambahbaikan yang diperlukan.
“Kami juga mengiktiraf tahap masalah dan bekerja keras memulakan dasar, program dan langkah untuk memerangi isu penyalahgunaan ini. Kesihatan dan kesejahteraan anggota adalah menjadi keutamaan,” kata Smith. - Agensi
No comments:
Post a Comment