Saturday, November 10, 2012

26 maut serangan berani mati di Karachi




REUTERS
BEBERAPA anggota pasukan keselamatan memerika lokasi serangan 
berani mati di sebuah pejabat renjer di Karachi semalam.


KARACHI, Pakistan - Seorang pengebom berani mati yang memandu sebuah trak yang dipenuhi 150 kilogram bahan letupan telah merempuh pintu pagar sebuah pejabat renjer di sini semalam.
Kejadian itu menyebabkan satu letupan besar berlaku dan mencederakan sekurang-kurangnya 26 mangsa.
Serangan ke atas sebuah pejabat Renjer di pinggir kota di utara Karachi itu berlaku pada awal pagi ketika kebanyakan penduduk sekitar kawasan tersebut tidur dan kebanyakan pejabat masih belum dibuka.
Setakat ini tiada kematian dilaporkan berlaku.
"Sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan letupan itu merempuh pintu masuk kawasan penempatan pejabat tersebut.
"Sejumlah 21 anggota renjer telah cedera dalam serangan itu," kata seorang jurucakap renjer.
Seorang pegawai kanan Polis, Khurram Waris memberitahu, seramai empat orang awam dan seorang pegawai polis turut cedera dalam kejadian tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment