7 November 2012
AMMAN - Britain sudah memulakan perbincangan dengan pemberontak bersenjata Syria bagi menyatukan pihak penentang rejim Presiden Bashar al-Assad itu.
Pengumuman ini dibuat Cameron sendiri sejurus tiba di Jordan dalam rangka lawatan ke Timur Tengah.
Cameron sendiri akan membincangkan krisis di Syria dengan Raja Jordan bagi mengatasi konflik pelarian.
Rundingan antara United Kingdom (UK) dan pegawai pemberontak Syria akan berlangsung di Jordan dan Turki.
Jurucakap berkata, Britain tidak akan melengkapkan para pemberontak Syria atau memberi mereka sebarang akses berhubung ketenteraan.
United Kingdom (UK) sendiri akan meningkatkan bantuan kemanusiaan bagi pelarian Syria, lebih £50 juta menjadikan mereka sebagai penderma kedua terbesar selepas Amerika Syarikat (AS).
Konflik menjadi semakin meruncing dalam perbincangan dengan pemimpin Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu semasa lawatan beliau selama tiga hari.
Cameron semalam berkata beliau bersedia untuk melihat Bashar keluar dari Syria jika ia boleh membantu memastikan peralihan kuasa berlangsung dengan aman.
Rundingan dengan pemberontak Syria akan membantu UK bagi lebih memahami situasi sebenar hubungan antara kumpulan pemberontak dengan pihak tentera.
Jurucakap berkata, “kerajaan akan memberi penerangan yang benar-benar jelas kepada kumpulan ini bahawa mereka mesti menghormati hak asasi manusia dan standard undang-undang kemanusiaan."
“Kami juga akan memanggil mereka yang terlibat untuk bekerjasama dengan agensi-agensi bantuan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan," katanya
Lebih 30,000 orang terbunuh dalam konflik Syria yang bermula sejak tahun lepas.

No comments:
Post a Comment