ISLAMABAD - Puak Taliban di Pakistan berikrar akan melancarkan serangan ke atas India bagi membalas dendam kerana menggantung seorang warganegara atas kesalahan mengebom Mumbai empat tahun lalu.

Mohammed Ajmal Kasab menjalani hukuman gantung di Pune kelmarin, sebuah bandar tenggara Mumbai, kerana terlibat dalam serangan pengganas.

Serangan di ibu kota kewangan India pada November 2008 mengorbankan lebih 160 nyawa.

Jurucakap Taliban Pakistan, Ihsanullah Ihsan berkata, kumpulan militan akan menjalankan pelbagai serangan ke atas India sebagai tindak balas kepada pelaksanaan hukuman itu.

Taliban Pakistan, yang berkait rapat dengan kumpulan sama di Afghanistan dan al-Qaeda, beroperasi di kawasan tidak terkawal yang terletak di sempadan Pakistan dan Afghanistan.

India telah meminta perlindungan tambahan daripada diplomat di Pakistan berikutan pelaksanaan itu, kata JP Singh, seorang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Beliau berkata kementerian tidak mempunyai komen segera terhadap ancaman dari Taliban.

Jurucakap Taliban menuntut supaya jenazah Mohammed Ajmal dikembalikan ke Pakistan untuk upacara pengebumian.
Dia mengkritik kerajaan Pakistan sambil berkata telah gagal kerana tidak memohon supaya jenazah Mohammed Ajmal dibawa pulang.