23 November 2012
SHAH ALAM - Lebih 300 ibu tunggal hari ini mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum menuntut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas untuk memberikan elaun RM100 sebulan kepada golongan itu.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman, berkata kumpulan itu turut disertai oleh balu bekas tentera dan polis yang berharap nasib mereka terbela.
"Kami mewakili 32,000 anggota persatuan mahu supaya janji ditepati. Kami tuntut apa yang telah dijanjikan bukan suka-suka datang berkumpul," katanya kepada pemberita di sini.
Kumpulan itu berkumpul kira-kira sejam di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, namun hajat bertemu Abdul Khalid tidak kesampaian kerana hanya Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail tampil menerima memorandum berkenaan.
Rodziah berkata kerajaan Selangor akan meneliti memorandum yang dihantar itu.
Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor yang hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri di bangunan itu turut keluar menemui kumpulan ibu tunggal berkenaan. - Bernama

No comments:
Post a Comment