25 November 2012
BANDAR GAZA - Puluhan ribu kanak-kanak dalam Semenanjung Gaza memulakan persekolahan di hari kedua gencatan senjata antara Israel dan Palestin, semalam.
Jurucakap agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Adnan Abu Hassna berkata, sebanyak 245 buah sekolah di bawah kendalian PBB dibuka buat pertama kali selepas ditutup lebih seminggu susulan serangan itu.
"Mungkin topik perbincangan dalam kelas tertumpu kepada pengalaman mereka berhadapan serangan kumpulan rejim," kata Hassna.
Sepanjang tempoh itu, lebih 1,500 mortar dilancarkan tentera Israel ke dalam Gaza, berbanding sejumlah kecil serangan balas oleh pejuang Hamas.
Akhbar tempatan melaporkan, seramai 156 penduduk Palestin termasuk 33 kanak-kanak dan bayi dibunuh.
Jumlah berkenaan jauh lebih besar berbanding jumlah kematian di Israel yang hanya mencatatkan seramai enam orang sahaja.
Sementara itu, di Baitulmaqdis, selain menyekat laluan ke masjid Al-Aqsa, tentera rejim bertindak menahan enam pejuang Hamas sehari selepas seorang penduduk Palestin ditembak mati di pagar sempadan antara Gaza dan Israel. - AP

No comments:
Post a Comment