LABU - Sebanyak 35 bendera lenyap begitu sahaja dalam tempoh satu malam. Itulah nasib malang menimpa bendera PKR yang dipasang pada tiang lampu di sepanjang bahu jalan dari Kampung Pulau menghala ke Kampung Jerangkang, Labu, semalam.
Koordinator PKR Labu, Mokhtar Ahmad berkata, ini kali keenam kejadian membabitkan bendera parti di kawasan tersebut dalam tempoh tiga bulan.
Beliau turut menyifatkan insiden ini sebagai perbuatan sabotaj terancang.
“Kita syak perkara ini didalangi oleh individu yang mempunyai kepentingan tertentu. Kalau tidak, masakan bendera yang digantung setinggi enam meter pada tiang lampu boleh hilang begitu sahaja.
“Lebih dikesalkan, pihak berkuasa tempatan langsung tidak mengambil sebarang tindakan walaupun empat aduan telah dibuat bagi kejadian terdahulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mokhtar berkata, mereka hanya menyedari kejadian tersebut lebih kurang jam enam pagi selepas dimaklumkan oleh rakan yang menggunakan laluan itu untuk ke Nilai, semalam.
Menurutnya, bendera tersebut dipasang kira-kira 10 hari lalu sebelum kejadian.
Kali terakhir bendera dilihat pada jam 12 tengah malam kelmarin dan kesemuanya masih berkeadaan elok.
Menurut Mokhtar, hanya dua bendera yang berada di simpang Kampung Pulau terselamat manakala baki selebihnya langsung tidak ditemui kecuali beberapa cebisan yang tinggal.
“Melihat pada kesan kerosakan ditinggalkan pelaku, jelas bendera direntap atau dikoyak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Majlis Permuafakatan Keadilan Labu, Norizam Yasin berkata, pihaknya memutuskan tidak akan membuat sebarang laporan polis terhadap peristiwa tersebut.
“Melalui mesyuarat diadakan, kita sebulat suara akan menghantar satu memorandum tanda kecewa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Rabu ini jam 10 pagi sambil diiringi beberapa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat negeri.
“Satu temu janji akan turut dibuat dengan Ketua Polis daerah untuk menyerahkan memorandum serta mengadakan sedikit perbincangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, lewat petang semalam.
Sementara itu, Mokhtar berkata, diharap penyerahan memorandum itu dapat menjadi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak berbuat sesuka hati dan mengulangi kesalahan serupa demi kepuasan diri.

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment