Monday, December 24, 2012

CIA bidas filem Osama Laden




GAMBAR fail menunjukkan Bigelow (kanan) di set penggambaran filem Zero Dark Thirty di Chandigarh, India.


WASHINGTON - Pemangku Pengarah Agensi Penyiasatan Pusat (CIA), Michael Morell menyatakan, filem tentang kisah hidup bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden memperbesar-besarkan teknik lemas untuk mendapatkan maklumat oleh para penyiasat.
Filem itu berjudul Zero Dark Thirty yang diarahkan Kathryn Bigelow mengisahkan kisah tentang pemburuan Osama selama sedekad selepas kejadian pengganas pada 11 September 2011 berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Dalam filem itu, para penyiasat AS didapati menggunakan teknik keras seperti melemaskan muka para tahanan yang dianggap pelbagai pihak sebagai satu bentuk penderaan.
Menurut Morell, terdapat teknik lain digunakan oleh para penyiasat untuk mendapatkan maklumat daripada para tahanan yang disyaki pengganas.
Teknik yang menjadi kontroversi itu telah diharamkan oleh Presiden AS, Barack Obama.
Morell merupakan antara calon yang bakal menjadi ketua CIA selepas peletakan jawatan David Petreaus.
Petreaus meletakkan jawatan selepas dia terlibat dalam skandal dengan seorang penulis wanita.
Penulis wanita itu menghasilkan buku tentang riwayat hidupnya.
Filem tentang pemburuan Osama itu bakal menjadi calon untuk memenangi anugerah Oscar.
Osama meninggal dunia selepas mati ditembak dalam satu operasi memburunya oleh anggota-anggota komando tentera laut AS di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2011. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2FvFI9j6x 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment