Thursday, December 13, 2012

Dalang pembersihan etnik Bosnia dipenjara seumur hidup

Dalang pembersihan etnik Bosnia dipenjara seumur hidup: "THE HAGUE 13 Dis. - Mahkamah tribunal jenayah perang Yugoslavia semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas staf tentera Bosnia Serb, Zdravko Tolimir atas atas peranannya melakukan pembersihan etnik Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995.

Para hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Tolimir, 64, yang merupakan ketua perisikan dan orang kanan kepada komander tentera Bosnia Serb, Ratko Mladic, telah merancang dan membunuh kira-kira 8,000 penduduk yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak Islam ketika menawan pekan Srebrenica pada Julai tahun tersebut.

Pembunuhan itu merupakan satu daripada proses pembersihan etnik yang dilakukan oleh kumpulan nasionalis Serb untuk membentuk negara Serbia di Bosnia dengan menghapuskan penduduk Islam dan Croatia yang menguasai beberapa wilayah. - REUTERS"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment