Friday, January 11, 2013

Tiga parah kena letupan bom



Narathiwat: Tiga wanita dan seorang remaja lelaki cedera apabila seorang lelaki bersenjata api melepaskan tembakan di sebuah bar karaoke sebelum meletupkan bom pada motosikal di Muang, Narathiwat, petang kelmarin.

Jurucakap polis berkata, kejadian tembak-menembak itu berlaku kira-kira jam 6.50 petang di Jalan Khok Khian.


Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa cedera parah akibat letupan bom berkenaan.

“Mangsa adalah tiga wanita pekerja bar karaoke itu serta seorang remaja lelaki berusia 14 tahun,” katanya kepada wartawan. Semua mangsa dirawat di Hospital Ratchanakarin.


Polis berkata, motosikal yang diletupkan itu dicuri di daerah Rangae, Narathiwat pada 2011. - BP

No comments:

Post a Comment