PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.
Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.
Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.
Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.
Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.
Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.
Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu. - AP

No comments:
Post a Comment