Wednesday, May 29, 2013

Gitar hadiah Metallica kepada Jokowi dirampas


Gambar fail bertarikh 3 Mei lalu, menunjukkan Gabenor Jakarta, Joko Widodo memegang gitar pemberian anggota kumpulan Metallica, Robert Trujillo di Jakarta, Indonesia. - AFP
sham
JAKARTA 28 Mei - Sebuah gitar milik Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau Jokowi yang dihadiahkan anggota kumpulan Metallica, bakal dirampas kerajaan kerana pemberian itu boleh dilihat sebagai rasuah.
Awal bulan ini, Jokowi muncul dalam satu rancangan televisyen sambil memegang gitar berwarna merah gelap itu, yang dihadiahkan anggota kumpulan heavy metal tersebut, Robert Trujillo menerusi seorang promoter konsert.
Berikutan kemunculan tersebut, Gabenor itu kemudian menyerahkan gitar berkenaan kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK).
Menurut pegawai KPK, Giri Supradiyono, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah di sebalik pemberian tersebut dan buat masa ini gitar itu akan dirampas.
"Gitar itu perlu dirampas kerana ia berpotensi mencetuskan dakwaan rasuah," katanya sambil menambah, promoter yang menghadiahkan gitar tersebut kepada Jokowi tahu bahawa Gabenor itu meminati Metallica dan dia mungkin mengharapkan sesuatu sebagai balasan.
Supradiyono berkata, perkataan 'Giving Back' yang tertera pada gitar itu juga menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Semasa kemunculannya di televisyen, Jokowi mengakui beliau merupakan peminat setia Metallica, Led Zeppelin, Deep Purple dan Napalm Death. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130529/lu_06/Gitar-hadiah-Metallica-kepada-Jokowi-dirampas#ixzz2Uex7uazl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment