Saturday, June 29, 2013

Pekerja kebun sayur mati dibunuh


IPOH - Dua mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di dalam belukar berhampiran Taman Desa Ampang kira-kira 100 meter dari susur keluar Plaza Tol Ipoh Selatan (arah Utara) pagi ini.

Mayat kedua-dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun itu yang dipercayai pekerja sebuah kebun sayur ditemui rakan mereka pada jam 8 pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan di muka dan badan dipercayai dipukul di tempat lain sebelum dicampakkan ke belukar tersebut.

No comments:

Post a Comment