Monday, June 24, 2013

Indonesia mulakan operasi pembenihan awan


PARA penunggang motosikal memakai topeng muka untuk mengelak daripada menghidu asap berikutan masalah jerebu serius yang melanda Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia semalam.


JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia memulakan proses pembenihan awan semalam dalam usaha menghasilkan hujan serta memadamkan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu serius ke atas negara jirannya iaitu Malaysia dan Singapura.
Di Singapura, indeks pencemaran udaranya menurun. Namun, beberapa buah negeri di Malaysia terutama Johor mengalami jerebu serius sehingga memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat.
Sebuah pesawat dengan peralatan pembenihan awan dikatakan berjaya menghasilkan hujan di daerah Bengkalis, pulau Sumatra kelmarin.
"Kami akan meneruskan operasi pembenihan awan pada hari ini menggunakan dua pesawat," jelas pegawai Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Agus Wibowo.
Sementara itu, polis Indonesia menyatakan pihaknya sedang menyiasat lapan buah syarikat, termasuk dari Malaysia.
Siasatan itu dibuat sehari selepas aktivis alam sekitar Greenpeace menyatakan kebakaran melibatkan ladang kelapa sawit milik syariat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Menurut Wibowo, Indeks Standard Pencemaran (PSI) di wilayah Riau melebihi tahap bahaya iaitu 400 di beberapa lokasi.
Sebanyak tiga buah helikopter juga telah ditugaskan untuk memadamkan api di kawasan berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2X59lqnHH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment