Hari ini genap 19 tahun setelah berlakunya tragedi dan peristiwa berdarah yang menimpa umat Islam di Bosnia Herzegovina. "The Srebrenica Massacre" atau Tragedi Berdarah Srebrenica yang telah berlaku pada 11 Julai 1995 di mana ketika itu telah berlangsungnya perang Bosnia (perang sesama rakyat antara Islam dan kerajaan kafir). Serangan ke kota Srebrenica yang dipenuhi oleh kaum Mulim Bosniaks telah dilakukan oleh tentera Republik Srpska (VRS) di mana ketika itu yang menjadi komandannya adalah General Ratko Mladic.
Peristiwa ini adalah pembunuhan beramai-ramai atau disebut pemusnahan etnik atau genocide yang terbesar semenjak berakhirnya Perang Dunia ke-2 (WWII). Dianggarkan sekitar 8000 orang Islam Bosniaks (Bosnian Muslims) telah terbunuh hanya dalam tempoh 3 hari!
Suatu tragedi yang sangat berdarah tetapi telah dilupakan oleh sejumlah billionan umat Islam sedunia....
Al-Fatihah buat seluruh syuhada' Bosnia... Semoga ALLAH SWT menempatkan Ruh mereka dalam kalangan para Mujahid... Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment