Kaherah: Panglima Tentera Mesir yang bertanggungjawab merampas kuasa Presiden Mohamed Mursi mengecam AS kerana tidak cukup kuat menekan Ikhwanul Muslimin supaya menamakan protes besar-besaran gerakan Islam itu.
Dalam temu bual dengan media, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi berkata AS mengabaikan rakyat Mesir sebelum ini.
“Anda mengecewakan warga Mesir dan mereka tidak akan melupakan itu.
“Kini anda mahu terus mengecewakan rakyat Mesir?” katanya.
Abdel Fattah berkata Rumah Putih mempunyai pengaruh besar terhadap Ikhwanul Muslimin dan ia wajar digunakan untuk menamatkan konflik yang bermula sejak sebulan lalu.
Mengenai kemungkinan pasukan keselamatan akan digunakan bagi menyuraikan penyokong Mohamed Mursi, Abdel Fattah berkata, tugas itu tidak terletak pada pasukan tentera.
“Sesiapa saja yang akan membersihkan protes atau menyelesaikan bantahan bukanlah tentera. Ada polis dan mereka ditugaskan untuk melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya, semalam. Abdel Fattah berkata pada 26 Julai lalu lebih “30 juta” rakyat turun ke jalan raya untuk memberikan sokongan kepadanya.
“Kumpulan itulah”, kata Abdel Fattah, yang menunggu dia berbuat sesuatu. Lebih 250 orang terbunuh dalam pelbagai keganasan sejak Mohamed Mursi digulingkan tentera pada 3 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment