Monday, August 5, 2013



YALA - Lima anggota tentera dengan dua daripadanya parah adalah antara 10 orang yang cedera dalam serangan bom di Yala dan Pattani di selatan Thai hari ini.

Dalam serangan pertama pada pukul 8.30 pagi di Kampung Lamda, Yupo, daerah Muang Yala, tujuh anggota tentera yang sedang meronda dikejutkan dengan letupan bom yang diletakkan di dalam kotak besi.

Ketua Polis Daerah Muang Yala, Kolonel Polis Pacharapol Na Nakorn berkata, bom buatan sendiri seberat lima kilogram itu diaktifkan dengan walkie-talkie.

Polis percaya serangan itu didalangi seorang anggota pemisah bernama Kariya Salleh yang aktif di kawasan Yupo, katanya.

Dalam kejadian di Pattani, lima orang awam cedera apabila sebutir bom tangan M67 dilontar ke dalam sebuah kedai makan di pekan Mayo.

Menurut Ketua Polis Daerah Mayo Kolonel Polis Kon-art Suwannakorn, kejadian berlaku pukul 1.30 petang ketika orang ramai sedang makan tengah hari.

Selain itu, polis turut turut menahan dua lelaki yang memiliki bom tangan jenis M67 ketika mereka memasuki pekan Pattani, kata Ketua Polis Wilayah Pattani, Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanchai.

Pada masa yang sama, pihak keselamatan di selatan Thai kini dalam keadaan berjaga-jaga serta mempertingkatkan kawalan susulan maklumat risikan bahawa akan berlaku lebih banyak serangan pada hari-hari terakhir Ramadan. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_32.htm#ixzz2b6cNo86T
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment