Wednesday, August 28, 2013

Ratu Dunia tetap diadakan


Jakarta: Pertandingan Ratu Dunia akan ditetap diadakan di Indonesia bulan depan meskipun ada bantahan daripada pertubuhan Islam negara itu.

“Kami sudah mendapat sokongan kerajaan. Tidak ada halangan,” kata Syafril Nasution, pengarah hal ehwal korporat RCTI, penganjur dan penyiar rasmi acara itu.


Menurutnya, penganjur sejak awal lagi sudah menjelaskan, acara itu tidak akan membabitkan bikini atau menggunakan apa saja yang bertentangan dengan nilai agama dan budaya.

“Kami tidak faham mengapa masih ada bantahan lagi,” katanya.


Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI) Amidhan Sabrah sebelum ini berkata, pihaknya menentang pertandingan itu kerana ia mempergunakan wanita.


“Acara seperti ini menjadikan wanita komoditi dan yang ia bertentangan dengan Islam. Mungkin di Barat ia tidak menjadi masalah. Tetapi di sini, ia bukan sebahagian budaya kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengaku, majlis itu bukan polis agama.


“Kami berhak membantah. Sama ada acara itu akan diteruskan atau tidak, terserah kepada kerajaan.

Pertandingan Ratu Dunia itu dijadual bermula 28 September di Sentul, di pinggir Jakarta.


Tahun lalu, pihak berkuasa di Jakarta enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga kerana bantahan pertubuhan Islam yang berkata, persembahannya bersifat lucah. - Agensi

No comments:

Post a Comment