Friday, August 23, 2013

Tiada calon ketua kampung kerana takut mati cepat


Kendal: Kerana takut mati cepat, tidak seorang pun penduduk Kampung Ngarianak Singorjo di Kendal, Jawa Tengah mencalonkan diri untuk menjadi ketua.

Perkembangan itu menyebabkan pemilihan ketua kampung ditangguh hingga 31 Oktober depan.


Seorang tokoh masyarakat setempat, Subarso berkata, beberapa orang yang menjadi ketua kampung di situ mati sebelum tempoh khidmat mereka berakhir.

“Ini menyebabkan penduduk lain tidak mahu menjadi ketua kampung kerana bimbang mereka juga akan mati cepat,” kata Subarso.


Pemilihan ketua baru kampung itu sepatutnya berlangsung 26 Ogos ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment