Wednesday, September 11, 2013

Lagi tebusan ditawan MNLF

Lagi tebusan ditawan MNLFZAMBOANGA - FILIPINA. Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), semalam dilaporkan menawan puluhan lagi tebusan dan turut berbalas tembakan dengan tentera dalam insiden serangan yang masuk hari kedua di bandar Zamboanga di selatan Filipina.

Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabelle Climaco Salazar berkata, kumpulan pemberontak itu kini telah menawan seramai 170 penduduk di enam kampung yang kini menjadi tempat persembunyian mereka.

"Kesemua tebusan itu turut dijadikan sebagai perisai manusia selepas tentera bertindak mengepung bandar Zamboanga sejak kelmarin," menurutnya lagi. 

Menurut laporan AFP, dalam satu kenyataan lain, Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas memaklumkan tentera berjaya mengawal keadaan  dan konflik itu dijamin tidak akan merebak ke kawasan atau wilayah lain.

Beliau turut menganggarkan serangan pada kali ini disertai 180  pemberontak bersenjata MNLF.

No comments:

Post a Comment