PUTRAJAYA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kelak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130929/dn_27/Tun-Dr-M-sangkal-laporan-iThe-Economisti-mengenai-Mukhriz#ixzz2gHXOlNgw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dr. Mahathir berkata, majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapa pun.
"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu... iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedah menang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dan kemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakan dalaman.
Ditanya mengenai pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia, beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."
Bagaimanapun, Dr. Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.
Terdahulu, beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali membaca buku cerita kepada kanak-kanak di perpustakaan yang terletak di dalam bangunan yayasan itu dan melawat gerai pameran di sana.
Selepas menghadiri hari terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana, beliau dan isteri turut menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Sirkit Pancing Putrajaya siri ketiga tahun 2013 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Perbadanan Putrajaya di Tasik Presint 8 di sini.
Dr. Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang sirkit pancing itu.
Nik Nazriariffin Nik Hassan, 34, muncul juara dengan memenangi hadiah pertama berjumlah RM7,000 setelah menangkap ikan tenggalan seberat 3.1 kilogram (kg).
Tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 dimenangi Mohd Akmal Hashim, 26, dengan tangkapan ikan tenggalan seberat 2.4 kg, manakala tempat ketiga dimenenangi Rosli Chik Mat, 45, yang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 selepas menaikkan ikan tenggalan seberat 1.9 kg.
Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130929/dn_27/Tun-Dr-M-sangkal-laporan-iThe-Economisti-mengenai-Mukhriz#ixzz2gHXOlNgw
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment