Zaleha (tengah) menunjukkan kad pengenalan dirinya sambil diiringi suami dan anak. Gambar kecil: Gambaran wajah kakak kembarnya.
KERIAN - Berbekalkan semangat kental, seorang warga emas di Kampung Parit Simpang Lima, di sini, tidak putus asa mencari kakak kembarnya yang terpisah sejak kecil.
Zaleha Yusof, 70, berkata, menurut cerita kakak angkatnya, dia difahamkan berasal dari keturunan kerabat diraja Perak dan mempunyai seorang kakak kembar seiras.
Menurutnya, kakak angkat itu memberitahu dia dan kakaknya terpisah sejak lahir setelah dibawa pulang keluarga angkat yang juga pengasuhnya dari Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar ke Selinsing, dekat sini.
“Pada mulanya, saya tidak mengambil serius dakwaan kakak angkat saya, bagaimanapun hati saya terdetik untuk mempercayainya setelah mimpi didatangi kakak kembar yang meminta saya mencarinya selepas melahirkan anak kedua," katanya.
Sejak menerima firasat mimpi itu, Zaleha dan suami berusaha menjejaki kakaknya namun gagal.
Jelasnya, semangat menjejaki kakak bernama Che Nurhatifah Tengku Khamis semakin membara apabila anak ketiganya, Hasmah Bakar, 42, turut mendakwa ‘bertemu’ ibu saudaranya melalui mimpi selepas melaksanakan solat istikharah, September lalu.
"Dalam mimpi itu, anak ketiga mendakwa raut wajah ibu saudaranya tidak ubah seperti saya sambil memakai sepersalinan seolah-olah pakaian diraja," katanya.
Zaleha berkata, berdasarkan cerita kakak angkatnya, nama sebenar Zaleha adalah Che Nurhafisah Tengku Khamis, manakala nama kakak kembarnya adalah Che Nurhatifah.
“Saya difahamkan kami terpisah kerana saya diserahkan kepada pasangan pengasuh yang juga keluarga angkat saya, manakala kakak saya berada dijaga ibu bapa kandung kami.
“Bagaimanapun, apabila dibawa pulang ke kampung keluarga angkat, nama saya ditukarkan kepada Zaleha. Ibu angkat saya tidak pernah menceritakan asal usul saya sehingga dia meninggal dunia,” katanya.
Zaleha menambah, walaupun tiada bukti sahih, nalurinya sentiasa yakin dia mempunyai kakak kembar.
“Saya tidakberputus asa untuk mencari kakak memandangkan itulah satu-satunya hajat saya.
“Justeru, saya meminta jasa baik orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi saya di talian 05-721 4898,” katanya.

No comments:
Post a Comment