Friday, November 1, 2013

Indonesia minta penjelasan AS

2013/11/01
Jakarta: Indonesia mendesak AS menjelaskan laporan bahawa kedutaan negara itu di Jakarta digunakan sebagai pangkalan untuk menggodam perbualan telefon dan alat komunikasi elektronik Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan pemimpin Indonesia lain.

Pakar Indonesia dan anggota Parlimen menggesa kerajaan bersemuka dengan AS dan mengambil tindakan termasuk menghantar pulang beberapa diplomatnya atau menarik balik misi diplomatik Indonesia di negara itu.
Akhbar Sydney Morning Herald sebelum ini melaporkan: “Memetik data perisikan yang dibocorkan bekas perisik AS, Edward Snowden dan beberapa pegawai Australia bahawa kedutaan AS di Jakarta antara 90 kemudahan pengawasan seluruh negara digunakan bagi mengawasi “hampir semua kegiatan dibuat pengguna Internet” termasuk e-mel, melayari web, pencarian di Internet dan media sosial. - Agensi

No comments:

Post a Comment