Silvio Berlusconi |
Berlusconi yang tiga kali menjadi Perdana Menteri, membayar berjuta-juta euro kepada kumpulan jenayah terancang itu untuk mendapat perlindungan selain membantu empayar perniagaannya.
Hakim Dino Lo Forti, Daniela Troja dan Mario Conte, berkata Dell’Utri adalah bekas senator dari Palermo dalam Parti Kebebasan Rakyat (PDL) pimpinan Berlusconi.
Dia adalah orang tengah antara jutawan itu dengan Cosa Nostra selama 20 tahun sehingga 1992 apabila anggota Mafia membunuh dua pendakwa raya dalam serangan bom.
Dipenjara tujuh tahun
Dell’Utri, 73, dihukum penjara tujuh tahun kerana berpakat dengan Mafia pada Mac lalu. Dia menafikan dakwaan dan mahu merayu keputusan itu di Mahkamah Agung. Tiga hakim berkenaan juga menyifatkan lebih daripada mencukupi untuk menganggap benar Berlusconi memberi berjuta-juta euro kepada Mafia.
Laporan itu adalah berita buruk terbaru bagi Berlusconi. Jun lalu, beliau didapati bersalah atas tuduhan membayar wang untuk hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur dalam insiden ‘Rubygate’.
Kerjaya politik berkubur
Ogos lalu, beliau disabitkan atas dakwaan melakukan penipuan cukai dan dijangka menjalani hukuman setahun penahanan rumah atau perkhidmatan masyarakat dan berkemungkinan disingkir dari Parlimen.
Pemerhati politik American University di Rome, James Walston, menyifatkan laporan itu menguburkan kerjaya politik Berlusconi.
AGENSI
No comments:
Post a Comment