17 Disember 2013
Tentera Australia tinggalkan Kabul
Kira-kira 400 askar Australia kekal berada di Afghanistan untuk melatih pasukan keselamatan tempatan.
KABUL - AFGHANISTAN. Kontinjen terakhir Tentera Australia dilapor telah meninggalkan pangkalan di selatan Afghanistan, semalam sekali gus menamatkan campur tangan dalam konflik di negara itu sejak 12 tahun lalu.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengumumkan pangkalan tentera Tarin Kot di wilayah Uruzgan tersebut telah ditutup.
"Situasi keselamatan di Uruzgan semakin baik berbanding 10 tahun lalu dan pihak berkuasa tempatan juga sudah mampu mengawal keadaan di wilayah terbabit.
"Bagaimanapun, kira-kira 400 askar kekal berada di Kabul dan Kandahar yang ditugaskan untuk menjadi penasihat serta melatih pasukan keselamatan tempatan," katanya.
Oktober lalu, Abbott memaklumkan bahawa lebih 1,000 askar akan dipanggil pulang dari Afghanistan selepas kerajaan terdahulu yang dipimpin Parti Buruh memutuskan untuk menutup pangkalan tentera Tarin Kot tersebut menjelang akhir bulan ini.
Difahamkan, laporan dipetik dari AFP kebanyakan tentera antarabangsa juga dijangka meninggalkan negara itu pada akhir tahun depan.
No comments:
Post a Comment