Friday, January 10, 2014

Anak Mas Selamat ditahan ikut ISA, terlibat JI

Masyhadi 9 Januari 2014

 Masyhadi - Foto news.asiaone.com

SINGAPURA - Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura menahan seorang anggota pertubuhan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
 
Dalam kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata Masyhadi Mas Selamat, 25, ditahan menurut Akta itu bagi tempoh dua tahun, bermula 21 Nov 2013.
 
Katanya Masyhadi diberkas di Indonesia pada 20 Okt 2013 dan dihantar pulang ke Singapura pada 30 Okt 2013.
 
Kenyataan itu menyebut dua lagi rakyat Singapura, Zakaria Rosdan, 23, dan Muhammad Khairul Sofri Osman, 29, dikenakan Perintah Kediaman Terhad (RO) menurut ISA, juga bagi tempoh dua tahun mulai Disember 2013.
 
Katanya kedua-dua mereka didapati berhasrat melakukan keganasan di tempat tercetus sengketa seperti Syria.

Kementerian itu juga menyatakan seorang tahanan ISA, Mohd Azmi Ali, dibebaskan daripada tahanan pada 15 Dis 2013 dan dikenakan RO.
 
Azmi, yang ditahan mengikut ISA pada Disember 2009, adalah anggota JI, yang berlindung di luar negara bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Singapura dalam operasi keselamatan yang dilancarkan terhadap rangkaian JI pada Disember 2001.
 
Lelaki berkenaan didapati tidak lagi mengancam keselamatan yang memerlukannya ditahan mengikut perintah pencegahan, jelas kenyataan itu.
 
RO yang dikenakan terhadap enam lagi anggota JI berkuat kuasa dari Disember 2013 hingga Januari 2014.
 
Mereka ialah Mohamad Anuar Margono, Ja’afar Mistooki, Mohamed Ellias Mohamed Khan, Hashim Abas, Mohamed Nazir Mohmmed Uthman dan Hosnay Awi.
 
Langkah itu diambil kerana mereka memberi kerjasama dan responsif terhadap usaha pemulihan, menurut kenyataan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment