Tuesday, January 21, 2014

Yingluck berdiam diri

Yingluck berdiam diri
21 Januari 2014


Yingluck berdiam diri Yingluck enggan mengulas pertanyaan media, semalam.

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan sementara Thailand yakin situasi genting di Bangkok terkawal kerana mereka bertegas tidak akan menguatkuasakan undang-undang darurat.

Pemangku Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang diasak dengan pertanyaan daripada media berpendirian tidak menjawab soalan itu dan menyatakan soalan itu tidak relevan.

Difahamkan, beliau tiba di Pejabat Setiausaha Pertahanan di Chaeng Wattana pada jam 10 pagi semalam, sebuah pejabat yang digunakan untuk memantau aktiviti harian penunjuk perasaan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) sejak penutupan Bangkok 13 Januari lalu.

Menurut laporan media tempatan kepada Bangkok Post, Timbalan Menteri Pengangkutan Prin Suwannathat ketika diminta mengulas mengenai situasi politik di negara itu berkata, polis perlu meningkatkan langkah keselamatan.

“Pusat Pentadbiran Keamanan dan Perintah (Capo) akan menilai situasi ini dan membuat keputusan sama ada ia perlu diisytiharkan darurat atau tidak,” katanya.

Sementara itu, insiden keganasan demonstrasi anti-kerajaan setakat ini meragut sembilan nyawa manakala hampir 600 orang cedera.

No comments:

Post a Comment