kekecohan berlaku di Parlimen Ukraine selepas rang undang-undang baharu diperkenalkan. |
Media Russia Today melaporkan, undang-undang itu sudah diterbitkan di laman web rasmi Parlimen, mulai semalam.
Rang undang-undang berkenaan dibuat Ketua Parti Sosialis Nikolay Rudkovskiy yang masih berada dalam parti pemerintah.
“Terdapat satu klausa membolehkan pendakwaan dibuat terhadap Presiden tetapi ia sangat kompleks dan mustahil secara praktikal untuk digubal,” menurut laporan itu.
Sejurus rang undang-undang itu diperkenalkan, Presiden Viktor Yanukovych bertindak meninggalkan Parlimen.
Pengenalan undang-undang itu dibuat bagi mengehadkan kuasa Presiden sekali gus menghentikan rusuhan yang kini meragut lebih 400 nyawa, laporan dipetik dari Press TV.
No comments:
Post a Comment